Selasa, 22 Oktober 2013

suka mendengar cakap orang


2
SUKA MENDENGAR CAKAP ORANG

Ia dikatakan sebagai punca utama. Mendengar cakap orang di ibaratkan menukar diri menjadi sampah yang boleh ditendang,dihanyutkan dan dibuang sesuka hati.

     Mendengar cakap orang juga ibarat membiarkan diri menjadi lalang, ditiup ke sana sini mengikut arah angin. Boleh juga diibaratkan seperti membiarkan orang lain menguruskan diri kita. Di mana hak kita? Sekiranya mendengar cakap orang, memang kita seolah-olah tidak berhak pada diri kita sendiri. Hak kita diambil oleh orang lain – hak itu dipergunakan sepenuhnya bagi mengurus diri kita. Hidup siapa yang kita jalani? Hidup sendiri ataupun hidup orang lain?

       Seorang adik yang ‘terpaksa’ taat kepada abangnya, terpaksa menerima bulat-bulat apa yang diperkatakan oleh abangnya. “Abang, saya mahu buat ini.” Zupp… si abang mencebik dan mengatakan, “Susah buat itu.

        Bagaikan kilat kata-kata ‘susah’ itu masukkan ke dalam fikiran dan jiwa si adik, bermastautin di situ. Setiap kali si adik hendak melakukan sesuatu, beliau teringat kata-kata, “Susah hendak buat itu.” Kemudian, si adik berkata lagi kepada abangnya, “Abang, saya mahu belajar lagi, mahu kerja ini.” Jawapannya sudah diduga, “Itu kerja…..” Sekali lagi zupp… Jadi sepanjang masa membesar bersama abangnya itu sentiasa ada zupp, zapp, zupp, zapp masuk ke dalam badan dan fikiran si adik.

        Si adik membesar dan menjadi dewasa – menjalani hidup sendiri, hidup yang tidak seperti yang diimpikan. Mengapa? Kerana segala impian, cita-citanya sudah ‘dibunuh’ oleh si abang sejak dari mula lagi. Setiap  kali hendak melakukan sesuatu, si abang yang menyangka dirinya sebagai penasihat, akan ‘menasihati’ supaya jangan melakukan.

          Apabila sudah menjalani hidup masing-masing, adakah si abang bertanggungjawab pada kehidupan adiknya? Si abang pun ada kehidupan sendiri tetapi kesan daipada ‘nasihatnya’ kepada adik tadi kekal seumur hidup. Oleh kerana si adik mendengar cakap abangnya, hidupnya tidak seperti yang diimpikan. Siapa yang bersalah? Kata hiknat lama, ‘Jika seseorang ditipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang ditipu.’

         Terlalu banyak perkara yang sama berlaku di depan kita setiap hari. Ada orang yang sudah menjejakkan sebelah kakinya di jalan kejayaan, minggu depan kita melihatnya sudah berada dalam kegagalan – hanya kerana mendengar cakap orang. Satu ayat sahaja sudah boleh memindahkan orang yang berjaya ke alam kegagalan.

         Sekarang, imbas kembali kehidupan masa lalu, kemudian menyusur sampai ke hari ini. Apa impian kita masa lalu dan apa pencapaian kita? Adakah menepati impian kita? Sekarang, kita tinjau semula, adakah impian yang tidak tercapai itu akibat daripada mendengar cakap orang? Sekiranya kita Berjaya mencapai impian – adakah impian itu dapat dicapai hari ini sekiranya pada masa lalu kita mendengar cakap orang? Begitulah pentingnya kesan cakap orang. Mendengar cakap orang hanya memusnahkan hidup sendiri.

          Mengapa begitu? Ini kerana tidak ada dua manusia yang serupa. Setiap orang mempunyai sudut pandangan yang berbeza. Kita mengatakan yang ini cantik, kawan kita mengatakan yang itu lebih cantik. Kita mengatakan sedap, beliau mengatakan tidak sedap.

           Jadi, apa yang dikatakan oleh orang adalah mengikut sudut pandangan atau perspektif mereka sendiri, bukan daripada sudut pandangan kita. Kata orang yang kita dengar bukan daripada sudut pandangan kita. Jadi, apa yang kita resapkan ke dalam otak dan badan adalah perspektif orang. Sahlah, sekiranya kita mendengar dan mengakui cakap orang bermakna membiarkan orang menguruskanhidup kita.

          Pada suatu hari, seorang pengembara berjalan di tepi sungai. Beliau hendak menyeberangi sungai itu tetapi berasa waswas kerana tidak pasti sama ada sungai itu dalam ataupun cetek. Ada beberapa orang budak sedang bermain di tepi sungai, lalu pengembara itu bertanya kepada mereka.

          “Dalam ataupun tidak sungai ini?” Tanya pengembara itu. Salah seorang budak di situ memerhatikan sungai itu dan terlihat itik sedang berenang di sungai.

           “ Sungai ini tidak dalam, pak cik boleh menyeberang.”

           Pengembara itu pun berjalan menyeberangi sungai. Sampai di tengah   sungai, beliau tenggelam dan lemas. Mengapa? Kerana kesilapannya sendiri mendengar cakap orang yang tidak tahu. Budak kecil tadi tidak tahu sama ada sungai itu dalam ataupun cetek, tetapi apabila melihat itik berenang budak itu membuat andaian – kaki itik itu pendek, kaki pengembara itu panjang dan sekiranya itik dapat berjalan di sungai itu tentu sekali pengembara yang berkaki lebih panjang daripada itik tidak tenggelam.

            Jangan bertanya kepada orang yang tidak tahu. Sekiranya kita dengar jawapannya, bermakna kita membiarkan diri diurus oleh orang lain. Cara mengelakkan diri diurus oleh orang lain adalah:

1.                   Jangan bertanya kepada orang yang disahkan tidak tahu.
2.                Jangan bertanya jalan sekiranya tidak sesat.
3.                Jangan bertanya kepada orang yang tidak pernah melakukan.  

Isnin, 21 Oktober 2013

hanya ada satu pilihan

1
HANYA ADA SATU PILIHAN
  Orang kata, dalam hidup ini terlalu banyak pilihan. Memang kata orang itu benar.sekiranya kita ke kedai hendak membeli sabun, ada berbagai-bagai jenis sabun. Sekirannya kita hendak menjadi doktor, ada berbagai-bagai jenis doktor.
   Tetapi dalam keseluruhan hidup ini hanya ada satu pilihan kita. Pilihan adalah sama ad naik ataupun turun, sama ada berjaya ataupun gagal. Itulah sahaja pilihan yang ada.

   Sejak zaman purba lagi, manusia tidak boleh kekal pada sesuatu tahap. Pusingan dunia ini, perubahan di sekeliling menjadikan seseorang sama ada naik ataupun turun. Ini yang selalu dilupakan oleh ramai manusia.

   ‘’saya lain, saya sekarang sudah stabil,’’ kata mereka. Tahun depan kita lihat wajahnya sudah berbeza- semakin banyak rambutnya lebih banyak diselaputi ’ salji’.

   ‘’kata sudah stabil’’
   ‘’kamu diamlah……
’’
   Sepanjang masa, tarikan dan tolakan sentiasa terjadi. Tolakan, menolak kita naik dan tarikan menarik kita turun. Ia sama dengan kisah zaman jepun. Apabila toronaga menyuruh kita memanjat pokok kelapa dengan muncung snapang diacukan kepada kita, lajulah kitanaik memanjat pokok kelapa. Tolakan dari bawah menebabkan kita naik ke atas. Tarikan dari atas iaitu matlamat kita mendapatkan kelapa disokong dengan tolakan dari bawah iaitu keperluan, dan ini menjadi kita bergerak pantas memanjat pokok kelapa.

     cuba samakan dengan hidup ini. Tidak ada manusia dapat bertahan pada   sesuatu tempat bagi jangka masa yang lama sekiranya beliau tidak berusaha   mempertahankanya, sama ada hidupnya terus naik ataupun turun      disebabkan oleh peredaran masa dan keadaan sekeliling.

     Jadi, di mana kedudukan kita sekarang? Daripada situ, kita perlu mengakui yang kedudukan kita di satu tidak kekal – sama ada turun ataupun naik. Itu sahaja pilihan.

   Sejak zaman purba lagi, proses menurun lebih mudah berbanding proses naik. Mendaki gunung lebih sukar berbanding meneruni gunung. Memanjat pokok kelapa lebih sukar berbanding meluncur turun. Ini dikukuhkan lagi dengan apa yang kita lihat dan dengar. Sekiranya dahulu pada tahun 70-an dan 80-an, ada seorang dua yang dihebohkan kaya dan berjaya- lihat keadaan hidupnya sekarang. Bagaimana? Adakah kini mengayuh basikal ataupun memandu Mercedes model terbaru? Naik ataupun turun? Sekiranya naik, apa yang dilakukan selama ini? Adakah beliau duduk diam?

   Sekiranya turun, apa yang dilakukan selama ini? Adakah selama ini beliau mengatakan, ‘’saya lain, saya sudah stabil……’’ kerana perasaan dirinya sudah stabil, lebih daripada orang lain, beliau lupa dalam hidup ini sama ada naik ataupun turun menyebabkan beliau tidak berbuat apa-apa. Menyebabkanya meluncur turun.

   Adakah semuanya kerana takdir? Kita wajib percaya dengan qada dan qadar. Kita hanya tahu takdir kita pada masa lalu, tertapi bagaimana takdir pada masa hadapan? Jangan sekali-kali kita lupa firman tuhan, ‘’tuhan tidak akan mengubah…….’ Kita diberi hak mengubah, mencorakkan hidup kita ini.

   Tidak ada yang kekal di dunia ini melainkan tuhan, amal kebaikan, amal kejahatan, syurga, dan neraka. Kedudukan kita pada satu-satu tahap tidak terus ‘beku’ di situ. Sama ada ia turun ataupun naik.

   Jika dahulu orang bertanya, ‘’rumah kamu ada telefon?’’ sekarang orang bertanya, ‘’apa nombor talifon kamu?’’ ini membuktikan tidak ada yang kekal. Sekiranya dahulu, tahun 60-an, 70-an bahkan 80-an, telefon dianggapkan sebagai aset, kini dianggapkan sebagai benda biasa. Sekiranya mesin faks dianggap benda ajaib pada sekitar tahun 80-an, kini ia adalah benda paling tidak ajaib. Sekiranya beberapa tahun dahulu e-mel dianggap sebagai menambahkan prestij, kini orang jual ikan di pasar pun ada e-mel. Pada tahun 80-an, satu lagi benda ajaib mencul iaitu telefon bimbit,kini buruh kasar pun sudah membimbit telifon. Sekiranya dahulu mempunyai set komputer menambahkan seri ruang tamu, kini kanak-kanak belum tadika pun sudah pandai mengendalikan komputer. Tidak ada yang kekal di dunia ini.

   Manusia dan benda-benda di sekeliling kita ini hanya ada satu pilihan, sama ada naik ataupun turun. Bagaimana dengan pokok rambutan di depan rumah kita? Semakin subur naik ataupun turun. Hidup pun begitu. Kehidupan kita?
   Apa khabar pula rakan sekolah yang dahulu sama-sama didenda oleh guru kelas? Bagaimana kehidupanya?- adakah naik ataupun turun? Sekiranya naik, apa yang  diusahakanya selama ini.

   Dahulu,guru sentiasa ditempatkan di kepala hidangan, kini kerjaya guru kurang dihormati kerana sebahagian guru ada yang kurang akal – mengajar menggunakan emosi bukan mengajar menggunakan akal, guru yang kurang berilmu pun ramai. Yang mencabul anak murid pun ada. Dahulu apabila dengar kerja kerani, orang kampong mengatakan, ‘’wah!’’ kini apabila kini mangatakan pengurus belum tentu orang kampong ambil tahu kerana hendak pengurus adalah murah, hanya lebih kurang RM55 sahaja. Daftar satu perniagaan dan kita boleh meletakkan ‘pengurus’ sebagai jawatan kita. Tidak ada yang kekal disanjung dalam hidup ini. Dahulu apabila pelakon masuk kampung, orang kampung heboh. Kini apabila pelakon ataupun nampak tetapi buat tidak nampak. Malah ramai yang mencebik. Bagaimana dengan kaki pukul yang konon ceritanya, setiap hari memukul orang?dengan khabar hari ini beliau pula yang setiap hari dipukul orang? Tidak ada yang kekal – sama ada naik ataupun turun.

   Paling dekat,ap perbezaan antara hari ini dan semalam? Adakah hari lebih baik dari semalam ataupun lebih menurun dari semalam? Orang yang berjaya dalam hidup ini adalah orang yang kehidupan, kebaikannya, amalnya lebih baik dari semalam. Juga, keburukan, kejahatan, kegagalan, busuk hati, dan dengki menjadi kurang dari semalam. Ramai yang tidak tahu, tidak menyedari dalam hidup ini hanya ada satu pilihan iaitu sama ada naik ataupun turun, sama ada berjaya ataupun gagal. Adalah penting mengetahui hukum ini kerana sekarang. Jika tidak tahu di mana kedudukan sekarang, bagaimana hendak mentukan arah tuju kita? Didalam bangunan yang besar biasanya disediakan pelan bangunan yang turut disertakan dengan perkataan ‘kita berada di sini dari pelan itu kita menentukan arah yang dituju. Begitu juga jika sekiranya sesat di hutan, kita mempunyai peta, tidak tahu’ kita berada di sini, semakin sesat.

     Samalah halnya dalam hidup ini, apabila tidak tahu di mana kedudukan sekarang, apa pilihan yang ada?- sama ada naik ataupun turun, kita tidak tahu tempat tujuan kita ke mana yang hendak ditujukan?

     Jadi, mulai hari ini, sentiasa ingin, dalam hidup ini tidak ada pilihan yang membolehkan kita kekal pada satu-satu tahap jangan sekali-kali mengatakan, ‘’saya sudah stabil….’’ Sebaik sahaja mengatakan begitu, kita sedang menurun menuju kegagaan. Di sisi kita ada dua jalan iaitu jalan menunjukan kejayaan dan jalan menuju kegagalan. Pilihan di tangan kita.

     Jika sekarang kita berada di jalan kejayaan, ingat di samping jalan kejayaan itu ada jalan kegagalan – sama ad kita terus berada di jalan kejayaan ataupun akan terbabas ke jalan kegagalan. Sekiannya kita berada di jalan kegagalan, di sisinya ada lagi jalan kegagalan dan kejayaan. Sama ada naik ataupun turun. Sama ad berjaya meluncur gagal.

      Kita tidak boleh mengubah masa lalu, tetapi kita boleh membentuk masa depan kita.