SEJARAH NEGERI PERLIS
Dari segi
sejarah, Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah. Bukti-bukti
pra-sejarah yang terdapat di Bukit Tengku Lembu di Beseri menunjukkan kewujudan
negeri ini. Tempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh agama Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana
berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.
Ideologi ini
juga dipengaruhi oleh sultan Kedah yang menunjukkan imej negeri tersebut.
Terdapat beberapa pendapat yang berlainan mengenai sejarah pembentukan negeri
Perlis. Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu
"Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri
Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok
Perlis". Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun,
di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat,
di timur lautSongkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri
Perlis sebenarnya lebih luas dari itu.
Pendudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan
secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan
penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul,
Kubang Pasu dan Perlis.
Bagi negeri
Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail
sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis
yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan