hidup atas sudut pandangan orang lain

3
HIDUP ATAS SUDUT PANDANGAN ORANG LAIN

Satu lagi cara gagal, dan punca ini selalunya berpanjangan. Sekiranya kita menghendaki ia kekal, ia akan kekal bersama kita seumur hidup.

Bahkan sekiranya kita tidak menghendaki, tetapi kita merelakan, pasti punca ini terus kekal sehingga akhir hayat kita. Satu kehidupan yang sia-sia.

Apa sebenarnya maksud hidup atas sudut pandangan orang lain? Pernahkan kita menyebut, ‘Nanti apa orang lain kata?’, ‘Nanti apa pula kata jiran-jiran…,’ ‘Nanti apa pula kata emak mertua aku…’. Jika pernah menyebut begitu bermkna kita pernah hidup atas sudut pandangan orang lain. Apa yang kita lakukan seoleh-oleh perlu ‘kelulusan’ orang lain.

Walaupun, bukan dalam bentuk kata-kata tetapi kita mesti ingat komunikasi bukan melalui kata-kata sahaja. Komunikasi juga boleh terjadi melalui pandangan. Hanya melalui pandangan sahaja, hidup kita dikuasai oleh orang lain – sekiranya kita membenarkan. Suisnya di tangan kita. ‘ya’, maka ‘ya’ jadinya.

Pandangan mereka itu kebanyakannya berbentuk ‘kuasa bagi meluluskan ataupun sebaliknya’. Contoh paling mudah, kita biasa menjadi pelanggan tetap kedai A. Suatu hari kita terpakse membali di kedai B. Adakah kita mengelak-elak supaya tidak dilihat oleh perkedai A?


 Sekiranya benar kita mengelak, bermakna kita lebih mementingkan pandangan pekedai itu berbanding keperluan kita sendiri.


 Itulah contoh kecil bagaimana kita membenarkan orang lain menguruskan diri kita dengan pandangan mereka. Kita lebih mementingkan pandanganorang lain. Daripada contoh di atas tadi, kita mungkin berkata, “Mahu menjaga hati,” Bagus sekiranya begitu kerana kita orang timur terkenal dengan budi bahasa. 


Apa yang lebih penting adalah, di samping kita berbudi bahasa, kita juga mempunyai hak ke atas diri sendiri. Jangan sampai hak ke atas diri kita tergadai kerana mementingkan perasaan orang lain.


 Sekiranya boleh, biarlah hak kita tertunai dan dalam masa yang sama kita menjaga hati orang lain. Pekedai A tadi, adakah beliau menjaga hati kita? Pernahkan beliau mengucapkan terima kasih kepada kita selama ini? Apa pula sumbangan kepada selepas datuk, ayah dan anak-anak kita menjadi pelanggan tetap di kedainya? Bila kali terakhir beliau memberikan gula-gula kepada anak kita?


Itulah yang sering kita katakana – tidak ada keadilan. Kita hendak menjaga hati mereka tetapi mereka membalas kita dengan ‘mengurus hidup kita melalui pandangan’.


 Kita hendak menjaga hati mereka tetapi mereka seperti tidak pernah tergerak bagi menjaga hati kita.

 Apabila kita Berjaya, mereka dengki dan menyebarkan berita bukan-bukan.


 Apabila kita gagal, merekalah orang pertama yang mengutuk habis-habisan.

Apabila kita susah, mereka lari dulu, apabila kita senang merekalah yang mendekati kita terlebih dahulu.


 Mereka dengan mudah mengurus hidup kita tetapi adakah meeka menguruskan keperluan dan cita-cita kita? Adakah mereka mengisikan wan dan peluang bagi masa depan kita? Bil ? Menyediakan wan dan peluang bagi masa depan kita?


 bukankah semuanya tertanggung pada bahu kita? Jadi, mengapakita memusnahkan hidup sendiri hanya kerana mementingkan pandangan orang lain? Hidup siapa yang kita urus dan jalani?


 Kita dengan bangga boleh mengatakan, “Ini hidup saya, cara saya masa depan saya,” tapi di saat yang sama kita mengatakan, “Nanti apa pula kata….” Pada saatyang sama kita memberhentikan dengan serta-merta usaha yang membentuk masa depan hanya kerana bimbang pandangan orang.

   Apa yang lebih memeranjatkan orang yang mengurus hidup melalui pandangan adalah orang yang rapat dengan kita - sahabat karib, jiran (pengurus nombor satu), keluarga dan orang yang bersama dengan kita setiap hari. Benarlah seperti yang dikatakan, 'Hendak mengenali musuh, carilah di kalangan sahabat'. Apa istilah yang paling layak untuk orang yang menghalang atau merosakkkan masa depan kita? Musuh. Merekalah yang menyebabkan ada suatu perasaan aneh dalam hati apabila kita hendak melakukan sesuatu. Jadi, merekalah musuh kita.

  Lain kali, pedulikan perasaan itu, pedulikan pandangan orang kerana mereka tidak pernah memenuhii keperluan kita, mereka bukan pengurus hidup kita, mereka bukan penentu hidup kita. Ingat, jika ditipu yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang ditipu. Jika hidup diurus oleh pandangan,yang bersalah bukan pandangan itu tetapi orang yang dipandang. Orang mengurus hidup kita melalui pandangan adalah kerana kita membenarkan diri kita diurus melalui pandangan. Jadi, jangan menyalahkan oarang lain, sebaliknya,diri kita perluberhenti daripada membenarkan orang lain menguruskan hidup kita melalui pandangan.Selain itu, cara mengelak daripada perkara buruk ini adalah:

1. Sentiasa mengingatkan diri kita yang menjalani hidup kita sendiri. Benar, kita hidup bermasyarakat, tetapi tanggungjawab pada hidup kita terletak di tangan kita.

2.  Jika perlu, keluar daripada lingkungan masyarakat yang beria-ia hendak mengurus hidup kita. Jiran-jiran yang busuk hatinya memusnahkan hidup kita. Mana lebih kita sayangi? Hidup sendiri ataupun jiran-jiran yang sepanjang masa mahu merosakkan hidup kita?

3.  Elakkan bergaul dengan kumpulan manusia gagal, yang tidak tahu apa-apa tetapi dengan mudah memberitahu kita, ''Kamu kena buat begini...''

4.  Seboleh-bolehnya, jangan meminta nasihat orang yang kita sahkan bodoh. Ingatkan sepatah kata daripada orang yang tidak tahu tetapi belagak tahu, dapat menghancurkan keseluruhan hidup kita.

5.  Jangan menceritakan masalah kita kepada orang lain. ini kerana orang lain sudah cukup 'berat' dengan beban masalah mereka sendiri. 

6.  Setiap kali berdetak satu perasaan dalam hati, bimbang ' apa kata orang lain', segera buang perasaan itu jauh-jauh. Katakan ''Ah....'' dengan kuat. Menjerit jika perlu. Jeritan itu automatik menghapuskan perasaan bimbang 'apa pula kata orangnanti'.

7. Jangan cuba menguruskan hidup orang lain, melainkan merka dalam tanggungjawab kita misalnya anak dan isteri sendiri. Apabila kita mempunyai hak pada orang lain, kita tidak boleh marah apabila oranh lain menumpang hak ke atas diri kita sendiri.

8.  Apabila terpaksa memberi nasihat, berilah nasihat sahaj. Jangan pula mahu mengambil kesempatan bagi menguaai. Tumpuan utama nasihat adalah kebaikan yang menerima nasihat, bukan kebaikan untuk dri kita.

9.  Tiadak perlu meminta tunjuk arah sekiranya kita tahu arah yang kita hendak tuju.

Ingat, sekiranya kita membenarkan diri kita dipijak, kita pasti dipijak.

  Kita selalu melaung-laungkan mahu menentang penjajah. Tetapi, sedarkah kita yang ramai sekali  'musuh dalam dan luar selimut' di sekeliling kita yang bersedia menjajah diri kita? Sekiranya kita membenarkan fizikal, fikiran dan hati kita dikuasai orang lain, sahlah, diri kita dikuasai oleh oarang lain.

  Asalkan kita menjaga gama dan adab, tidak oerlukan  kita tundik dengan sudut pandangan orang yang hanya mahu mengurus hidup kita, Sekali orang mengurus hidup kita, selamanya kita hilang hak ke atas diri kita sendiri. Selagi kita membenarkan, selamanya hidup kita dikuasai orang lain.         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan