1
HANYA ADA SATU PILIHAN
Orang
kata, dalam hidup ini terlalu banyak pilihan. Memang kata orang itu benar.sekiranya
kita ke kedai hendak membeli sabun, ada berbagai-bagai jenis
sabun. Sekirannya kita hendak menjadi doktor, ada berbagai-bagai jenis doktor.
Tetapi
dalam keseluruhan hidup ini hanya ada satu pilihan kita. Pilihan
adalah sama ad naik ataupun turun, sama ada berjaya ataupun
gagal. Itulah sahaja pilihan yang ada.
Sejak
zaman purba lagi, manusia tidak boleh kekal pada sesuatu tahap. Pusingan
dunia ini, perubahan di sekeliling menjadikan seseorang sama ada naik
ataupun turun. Ini yang selalu dilupakan oleh ramai manusia.
‘’saya
lain, saya sekarang sudah stabil,’’ kata mereka. Tahun depan kita lihat
wajahnya sudah berbeza- semakin banyak rambutnya lebih banyak diselaputi
’ salji’.
‘’kata
sudah stabil’’
‘’kamu
diamlah……
’’
’’
Sepanjang
masa, tarikan dan tolakan sentiasa terjadi. Tolakan, menolak kita naik dan
tarikan menarik kita turun. Ia sama dengan kisah zaman
jepun. Apabila toronaga menyuruh kita memanjat pokok kelapa dengan muncung
snapang diacukan kepada kita, lajulah kitanaik memanjat pokok
kelapa. Tolakan dari bawah menebabkan kita naik ke atas. Tarikan dari
atas iaitu matlamat kita mendapatkan kelapa disokong dengan tolakan dari bawah
iaitu keperluan, dan ini menjadi kita bergerak pantas memanjat pokok kelapa.
cuba samakan
dengan hidup ini. Tidak ada manusia dapat bertahan
pada sesuatu tempat bagi jangka masa yang lama sekiranya
beliau tidak berusaha mempertahankanya, sama ada
hidupnya terus naik ataupun turun disebabkan
oleh peredaran masa dan keadaan sekeliling.
Jadi,
di mana kedudukan kita sekarang? Daripada situ, kita perlu mengakui yang
kedudukan kita di satu tidak kekal – sama ada turun ataupun
naik. Itu sahaja pilihan.
Sejak
zaman purba lagi, proses menurun lebih mudah berbanding proses
naik. Mendaki gunung lebih sukar berbanding meneruni gunung. Memanjat
pokok kelapa lebih sukar berbanding meluncur turun. Ini dikukuhkan lagi
dengan apa yang kita lihat dan dengar. Sekiranya dahulu pada tahun
70-an dan 80-an, ada seorang dua yang dihebohkan kaya dan berjaya- lihat
keadaan hidupnya sekarang. Bagaimana? Adakah kini mengayuh basikal
ataupun memandu Mercedes model terbaru? Naik ataupun turun? Sekiranya
naik, apa yang dilakukan selama ini? Adakah beliau duduk diam?
Sekiranya
turun, apa yang dilakukan selama ini? Adakah selama ini beliau
mengatakan, ‘’saya lain, saya sudah stabil……’’ kerana perasaan dirinya sudah
stabil, lebih daripada orang lain, beliau lupa dalam hidup
ini sama ada naik ataupun turun menyebabkan beliau tidak berbuat
apa-apa. Menyebabkanya meluncur turun.
Adakah
semuanya kerana takdir? Kita wajib percaya dengan qada dan
qadar. Kita hanya tahu takdir kita pada masa lalu, tertapi bagaimana
takdir pada masa hadapan? Jangan sekali-kali kita lupa firman tuhan,
‘’tuhan tidak akan mengubah…….’ Kita diberi hak mengubah, mencorakkan
hidup kita ini.
Tidak ada
yang kekal di dunia ini melainkan tuhan, amal kebaikan, amal kejahatan, syurga,
dan neraka. Kedudukan kita pada satu-satu tahap tidak terus ‘beku’ di
situ. Sama ada ia turun ataupun naik.
Jika
dahulu orang bertanya, ‘’rumah kamu ada telefon?’’ sekarang orang
bertanya, ‘’apa nombor talifon kamu?’’ ini membuktikan tidak ada yang
kekal. Sekiranya dahulu, tahun 60-an, 70-an bahkan 80-an, telefon
dianggapkan sebagai aset, kini dianggapkan sebagai benda biasa. Sekiranya mesin
faks dianggap benda ajaib pada sekitar tahun 80-an, kini ia adalah
benda paling tidak ajaib. Sekiranya beberapa tahun dahulu e-mel dianggap
sebagai menambahkan prestij, kini orang jual ikan di pasar pun ada
e-mel. Pada tahun 80-an, satu lagi benda ajaib mencul iaitu telefon
bimbit,kini buruh kasar pun sudah membimbit telifon. Sekiranya dahulu
mempunyai set komputer menambahkan seri ruang tamu, kini kanak-kanak belum
tadika pun sudah pandai mengendalikan komputer. Tidak ada yang kekal di
dunia ini.
Manusia
dan benda-benda di sekeliling kita ini hanya ada satu
pilihan, sama ada naik ataupun turun. Bagaimana dengan pokok rambutan di
depan rumah kita? Semakin subur naik ataupun turun. Hidup pun
begitu. Kehidupan kita?
Apa khabar
pula rakan sekolah yang dahulu sama-sama didenda oleh guru kelas? Bagaimana
kehidupanya?- adakah naik ataupun turun? Sekiranya naik,
apa yang diusahakanya selama ini.
Dahulu,guru sentiasa
ditempatkan di kepala hidangan, kini kerjaya guru kurang dihormati kerana
sebahagian guru ada yang kurang akal – mengajar menggunakan emosi bukan
mengajar menggunakan akal, guru yang kurang berilmu pun ramai. Yang
mencabul anak murid pun ada. Dahulu apabila dengar kerja kerani, orang
kampong mengatakan, ‘’wah!’’ kini apabila kini mangatakan pengurus belum tentu
orang kampong ambil tahu kerana hendak pengurus adalah murah, hanya lebih
kurang RM55 sahaja. Daftar satu perniagaan dan kita boleh meletakkan
‘pengurus’ sebagai jawatan kita. Tidak ada yang kekal disanjung dalam
hidup ini. Dahulu apabila pelakon masuk kampung, orang kampung
heboh. Kini apabila pelakon ataupun nampak tetapi buat tidak nampak. Malah
ramai yang mencebik. Bagaimana dengan kaki pukul yang konon ceritanya,
setiap hari memukul orang?dengan khabar hari ini beliau pula yang setiap
hari dipukul orang? Tidak ada yang kekal – sama ada naik ataupun
turun.
Paling
dekat,ap perbezaan antara hari ini dan semalam? Adakah hari lebih
baik dari semalam ataupun lebih menurun dari semalam? Orang yang berjaya
dalam hidup ini adalah orang yang kehidupan, kebaikannya, amalnya lebih baik
dari semalam. Juga, keburukan, kejahatan, kegagalan, busuk hati, dan
dengki menjadi kurang dari semalam. Ramai yang tidak tahu, tidak menyedari
dalam hidup ini hanya ada satu pilihan iaitu sama ada naik ataupun
turun, sama ada berjaya ataupun gagal. Adalah penting mengetahui hukum ini
kerana sekarang. Jika tidak tahu di mana kedudukan sekarang, bagaimana
hendak mentukan arah tuju kita? Didalam bangunan yang besar biasanya
disediakan pelan bangunan yang turut disertakan dengan perkataan ‘kita berada
di sini dari pelan itu kita menentukan arah yang dituju. Begitu juga jika
sekiranya sesat di hutan, kita mempunyai peta, tidak tahu’ kita berada di sini,
semakin sesat.
Samalah
halnya dalam hidup ini, apabila tidak tahu di mana kedudukan sekarang, apa
pilihan yang ada?- sama ada naik ataupun turun, kita tidak tahu tempat
tujuan kita ke mana yang hendak ditujukan?
Jadi,
mulai hari ini, sentiasa ingin, dalam hidup ini tidak ada pilihan yang
membolehkan kita kekal pada satu-satu tahap jangan sekali-kali mengatakan,
‘’saya sudah stabil….’’ Sebaik sahaja mengatakan begitu, kita sedang menurun
menuju kegagaan. Di sisi kita ada dua jalan iaitu jalan menunjukan
kejayaan dan jalan menuju kegagalan. Pilihan di tangan kita.
Jika
sekarang kita berada di jalan kejayaan, ingat di samping jalan kejayaan itu ada
jalan kegagalan – sama ad kita terus berada di jalan kejayaan ataupun
akan terbabas ke jalan kegagalan. Sekiannya kita berada di jalan
kegagalan, di sisinya ada lagi jalan kegagalan dan kejayaan. Sama ada naik
ataupun turun. Sama ad berjaya meluncur gagal.
Kita
tidak boleh mengubah masa lalu, tetapi kita boleh membentuk masa depan kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan